Mesyuarat Agung ke 4 dan Majlis Sambutan Hari Raya 2025 / 1446H

PXL 20250420 070243577.MPBangi. 20 April 2025. Mesyuarat Agung ke 4 dan Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun ini akhirnya telah selesai diadakan. Seperti tahun yang lalu, acara tahunan ini dianjurkan ditempat yang sama, iaitu di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi. Skot yang berkesempatan dan meluangkan masa telah hadir bersama isteri dan anak-anak, ada juga yang datang seorang diri.

PXL 20250420 070031791.MPSeperti biasa, skot begitu asyik bersembang dan bersenda gurau setelah beberapa lama tidak bertemu. Bertanya khabar keadaan semasa, khususnya kesihatan masing-masing kerana faktor usia yang menghampiri ke arah 6 siri. Tidak ada acara formal seperti ucapan dan sebagainya. Acara dimulakan dengan menikmati juadah hidangan makan tengahari yang sangat menyelerakan, dengan kuih muih dan aneka makanan tambahan yang sangat lazat. Sudah tentu hidangan sebegini tidak dinikmati dirumah, hanya sesekali dalam acara yang seperti ini.

AGM TJP54 2025 picture by kamal2Seterusnya lebih kurang jam 1320, mesyuarat agung dimulakan yang dipengerusikan oleh Skot Kamarul, mewakili skot Jafri yang tidak dapat hadir.

AGM TJP54 2025 online participant2 AGM TJP54 2025 online participant1 AGM TJP54 2025 online participant3

Mesyuarat juga disertai oleh skot-skot secara online yang mana tidak dapat hadir secara fizikal. Mesyuarat dimulakan dengan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu. Seterusnya dengan pembentangan penyata kewangan tahun 2024 dan seterusnya perbincangan agenda mesyuarat yang lain. 

Mesyuarat ditangguhkan lebih kurang jam 1430 dan disusuli dengan acara bergambar beramai-ramai. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua skot yang terlibat, khususnya yang membuat persiapan AGM dan skot yang hadir secara fizikal dan secara online.

Sehingga kita berjumpa lagi di tahun hadapan

PXL 20250420 070110837 PXL 20250420 065024748 PXL 20250420 053513089 PXL 20250420 051519977 PXL 20250420 050155824.MP PXL 20250420 050118878 PXL 20250420 050108812  AGM TJP54 2025 picture by kamal2 AGM TJP54 2025 picture by kamal1 PXL 20250420 071459985.MP

Comments are closed.